Bekas Ketua Wanita UMNO meninggal dunia

BEKAS Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin melalui Facebooknya.

Allahyarham adalah bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun.

“Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman baru sahaja dijemput menemui Penciptanya (11:23pm).

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Banyak arwah titipkan nasihat dan pesanan kepada saya selama ini.

“Pastinya akan saya simpan kemas dalam hati sebagai azimat dan panduan, ” katanya.

Related Posts

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya bagi mendapatkan perintah supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

PUTRAJAYA – Isu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sumbangan awam kini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan keyakinan untuk menunaikan zakat melalui saluran tertentu. Pendedahan kes berprofil tinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia