Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus

TINJAUAN yang dijalankan oleh Merdeka Center pada Mei 2025 mendapati penarafan sokongan positif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meningkat kepada 55 peratus, berbanding 43 peratus pada Jun 2024.

Organisasi penyelidikan bebas yang memfokus terhadap kajian pendapat umum dan analisis sosioekonomi itu memaklumkan bahawa hasil tinjauan ke atas 1,208 pengundi berdaftar menunjukkan rakyat semakin yakin terhadap kestabilan politik negara.

Tinjauan ini mendapati bahawa ketidaktentuan politik kian reda, dan kerajaan pimpinan Anwar kini mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Reformasi institusi seperti pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 turut memberi isyarat kepada kembalinya tadbir urus yang berteraskan prinsip,” menurut kenyataan Merdeka Center pada Isnin.

Merdeka Center menjelaskan bahawa kekecewaan rakyat terhadap kos sara hidup dilihat semakin menurun.

Hal ini disumbangkan oleh langkah kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700, pemberian bantuan tunai kepada penjawat awam semasa musim perayaan, serta kesinambungan subsidi bahan api.

Tambahan pula, inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun, iaitu 1.4 peratus pada Mac 2025, manakala pertumbuhan ekonomi mencatatkan 4.4 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Walaupun ekonomi kekal sebagai kebimbangan utama rakyat, ketiadaan kejutan harga diesel walaupun subsidi telah ditarik pada tahun 2024 telah membantu meredakan kebimbangan orang ramai,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Merdeka Center turut memaklumkan bahawa Anwar berjaya meningkatkan profil Malaysia di persada antarabangsa dengan menjadi tuan rumah kepada Presiden China, Xi Jinping, serta mempengerusikan ASEAN pada tahun ini.

“Perjanjian pelaburan baharu, kerjasama perdagangan, dan kepimpinan Malaysia dalam inisiatif Selatan Global telah memperkukuh imej Perdana Menteri di peringkat tempatan,” kata Merdeka Center lagi.

Selain itu, penarafan terhadap Kerajaan Persekutuan juga menunjukkan peningkatan kepada 50 peratus pada Mei 2025, berbanding 40 peratus pada Jun 2024.

Tahap ketidakpuasan terhadap kerajaan pula menurun kepada 48 peratus daripada 58 peratus pada tahun lalu.

“Jurang yang tipis antara positif dan negatif sebahagian besarnya adalah didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai tekanan terhadap kos sara hidup dan terdapat sedikit kegusaran tentang pemotongan subsidi yang dijadual dilaksana dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan sama turut mendapati bahawa jumlah pengundi yang berpandangan negara sedang menuju ke arah yang salah telah menurun kepada 50 peratus, berbanding 61 peratus pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, bilangan pengundi yang percaya negara berada di landasan yang betul meningkat kepada 43 peratus berbanding hanya 29 peratus pada Jun 2024.

Merdeka Center berkata, antara sebab utama yang mendorong pandangan negatif dalam kalangan pengundi ialah hala tuju ekonomi negara serta prestasi semasa pentadbiran kerajaan.

Tinjauan tersebut dijalankan antara 12 hingga 23 Mei 2025 bagi menilai persepsi rakyat terhadap perkembangan semasa ketika pentadbiran Kerajaan MADANI memasuki pertengahan penggal pemerintahannya.

Responden dalam tinjauan itu terdiri daripada 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, tujuh peratus India, enam peratus Bumiputera Islam, dan enam peratus Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak.

Semua responden telah ditemu bual melalui telefon, termasuk talian tetap dan mudah alih, dan profil mereka mencerminkan komposisi pengundi di seluruh negara.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan