SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

KOTA KINABALU – Kerajaan menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK) terus komited membantu kontraktor Bumiputera dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan TEKUN Kontrak-i.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, SKWAK merupakan inisiatif kerajaan dengan memberi bantuan berbentuk wang pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera gred G1 hingga G5 untuk memulakan kerja kontrak/inden kerja Persekutuan yang diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Skim ini menawarkan ciri kemudahan istimewa iaitu pembiayaan tanpa faedah dan tanpa cagaran dengan had maksima pembiayaan adalah 25 peratus daripada nilai kerja pembina ‘builder’s work’.

“30 peratus dari jumlah pembiayaan hendaklah digunakan untuk pembelian bahan-bahan binaan dari ‘vendor’ bahan binaan Bumiputera yang berdaftar dengan PKK sekali gus menyokong ekosistem pembinaan tempatan.

“Baki dana tabung SKWAK berjumlah RM2.4 juta. Justeru, kontraktor yang berjaya mendapat projek Persekutuan digalakkan menghubungi PKK Negeri Sabah untuk memanfaatkan kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Kursus Asas Sistem kumbahan Dan Pembentungan, di sini pada Khamis.

Tambahnya, KUSKOP melalui TEKUN Nasional turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah program TEKUN Kontrak-i.

“KUSKOP melalui TEKUN Nasional menawarkan kemudahan pembiayaan tanpa penjamin dan tanpa deposit dengan caj pengurusan yang kompetatif.

“Untuk tahun 2025 ini, TEKUN Nasional telah memperuntukkan RM500 juta bagi program ini,” katanya.

Sehubungan itu, setakat Mac 2025 pinjaman berjumlah RM11.445 juta telah diluluskan kepada 178 kontraktor kecil Bumiputera Sabah.

“Usaha-usaha kerajaan kini giat diperhalusi dan dilaksanakan dengan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan khususnya dalam kalangan Bumiputera, selaras dengan teras Malaysia MADANI yang menekankan pemacuan pertumbuhan ekonomi negara melalui kejayaan kontraktor Bumiputera,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James