Skuad Tok Gajah perlu sorakan padu penyokong

PENYOKONG Sri Pahang FC digesa membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Tok Gajah yang akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, menyifatkan perlawanan itu sebagai detik bersejarah dinantikan sejak kali terakhir Pahang menjulang trofi sama pada 2014.

“Seluruh rakyat Pahang khususnya yang berada di Lembah Klang dan negeri berhampiran digesa hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

“Inilah detik yang kita nantikan. 11 tahun dulu kita menang di perlawanan akhir juga bertembung dengan Johor dan tidak mustahil kita boleh mencipta kejutan dan memenangi piala ini,” katanya.

Fadzli berkata demikian selepas menyampaikan jersi dan tiket perlawanan akhir kepada penyokong setia Sri Pahang FC, Nasrah Abu, 53, atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ di Taman Impianku, dekat Kuantan, semalam.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan akan bersama-sama ribuan penyokong Tok Gajah di Bukit Jalil pada malam kemuncak itu untuk memberikan sokongan moral kepada pemain sepanjang perlawanan berlangsung.

“Mungkin ada andaian atau analisis meletakkan kelebihan kepada JDT.

“Namun dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

“Saya berharap semua pemain Sri Pahang memberikan sepenuh komitmen dan berusaha gigih bermain bermati-matian untuk memastikan piala ini kembali ke pangkuan kita,” katanya.

Related Posts

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

KUCHING – Persatuan Hoki Kuching (KHA) melantik Desmond Labung sebagai presiden baharu bagi penggal 2026 hingga 2028. Beliau menggantikan Elis Mat yang telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2020. Desmond…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolverhampton, Newcastle sama handal

PASUKAN bawahan liga, Wolverhampton Wanderers mencacatkan tiga kemenangan berturut-turut Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris apabila seri 0-0 awal pagi tadi. Tuan rumah tidak tewas dalam lima aksi terakhir termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028