PN gagal buktikan lambakan ladang babi di Ayer Kuning

DAKWAAN Perikatan Nasional (PN) kononnya terdapat lambakan ladang babi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ternyata meleset dan hanya retorik politik semata-mata.

PN gagal mendedahkan dakwaan mereka itu malah diperkuatkan lagi dengan jawapan sinis oleh Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad pada sidang media hari ini.

“Tunggu dan lihat…. Kita nak bagi suspen,” katanya di pusat media PN Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning di Bidor, hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanya adakah PN berjaya mengesan lambakan ladang babi di kawasan Ayer Kuning selain ladang babi di Kampung Poh yang didedahkan pada sidang media itu.

Terdahulu, PN mengadakan sidang media khas mengenai babi hari ini kononnya mereka akan mendedahkan berita penemuan tergempar termasuk beberapa bukti berkaitan.

Namun sebaliknya berlaku apabila sidang media itu hanya mendedahkan beberapa pencemaran terkait ladang babi di Kampung Poh.

“Kami meninjau Kampung Poh, walaupun berada di sempadan DUN Ayer Kuning, aliran sungai tercemar dari kawasan ini mengalir masuk ke DUN Ayer Kuning dan menjadi sumber air kedua serta lokasi rekreasi penduduk setempat,” kata Idris.

Aabila ditanya adakah ladang babi itu memiliki lesen atau tidak, Idris menjawab pihak mereka tidak dapat mengesahkan perkara itu.

“Itu kami tidak tahu sama ada mempunyai lesen atau tidak, kena tanya Kerajaan Negeri,” katanya.

​Isu ladang babi di DUN Ayer Kuning telah menjadi modal kempen PN pada PRK ini.

PN mendakwa terdapat ladang babi haram yang beroperasi berhampiran penempatan majoriti Melayu Islam, khususnya di Kampung Tanjung Keramat.

PN menegaskan, operasi ladang-ladang ini menyebabkan pencemaran bau dan menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk setempat.

Sebagai respons, Kerajaan Perak menafikan dakwaan tersebut. Exco Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A Sivanesan berkata, dalam sidang DUN, semua 85 ladang babi di negeri itu mempunyai lesen sah dan beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa di Ayer Kuning, terdapat sembilan ladang babi, dengan tiga daripadanya telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan sistem penternakan moden, manakala enam lagi sedang dalam proses mendapatkan kelulusan yang sama.

Mengenai jarak ladang babi dari penempatan penduduk dan masjid, Sivanesan menegaskan, ladang tersebut terletak lebih jauh daripada yang didakwa, iaitu kira-kira tiga kilometer dari penempatan penduduk dan 2.57 kilometer dari masjid, melebihi syarat zon penampan yang ditetapkan

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara