Skuad Judo Sarawak hadiahkan pingat emas dan dua perak

MUKAH: Hari kedua pertandingan Judo yang bertempat di Dewan Balau UITM Mukah menyaksikan skuad Judo Sarawak menghadiahkan satu emas dan dua perak seterusnya mencapai prestasi cemerlang dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap ACDM Sukan Judo Abdul Yakub Arbi menetapkan sasaran meraih dua pingat emas, satu perak, dan satu gangsa.

“Namun, jika skuad ini berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan, itu adalah lebih baik,” ujar beliau

Beliau turut memaklumkan skuad tersebu menjalani persiapan rapi bagi menghadapi pertandingan ini.

“Latihan tersebut diadakan di Kompleks Sukan Azman Hashim, Sibujaya bermula 18 Julai hingga 15 Ogos lalu,” ujar beliau.

Beliau juga berkongsi Ketua Jurulatih Igarashi Jumpei berasal dari Jepun dilantik untuk membantu skuad tersebut.

“Pengalaman daripada kejohanan terdahulu turut menjadi aset penting dalam membantu skuad judo Sarawak mencapai kemenangan,” tambah beliau.

Sementara itu, penyokong setia pasukan Sarawak, Afidah, mengakui beliau berasa sangat berdebar sepanjang perlawanan, terutama dari awal hingga perlawanan akhir yang menentukan pingat satu emas dan dua pingat perak untuk Sarawak.

Related Posts

Sabah FC sokong usaha perkasa ekosistem Liga Malaysia

KOTA KINABALU – Sabah FC menyokong segala usaha ke arah penambahbaikan ekosistem liga dan komited memainkan peranan secara profesional demi kepentingan bersama. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Sabah Football Club,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maguire kekal di United semusim lagi

PERTAHANAN tengah Manchester United, Harry Maguire terus kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk semusim lagi selepas menandatangani kontrak lanjutan baharu selama setahun. Pemain England berusia 33 tahun itu sebelum ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis