SKAS 2026: Sarawak peruntuk RM640 juta ringankan beban rakyat, rancak ekonomi

KUCHING – Sarawak terus membuktikan keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat apabila memperuntukkan sebanyak RM640 juta bagi pelaksanaan program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk tahun 2026.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar talian hayat bagi membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi domestik.

Menurutnya, suntikan dana langsung ke peringkat akar umbi itu secara tidak langsung akan melonjakkan kuasa beli rakyat dan merancakkan kitaran perniagaan tempatan.

“Apabila permintaan domestik meningkat, perniagaan akan terus berputar. Ini bermakna kita menyuntik RM640 juta ke dalam ekonomi negeri bagi membantu rakyat berbelanja, seterusnya menghidupkan ekosistem ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran SKAS 2026 Peringkat Sarawak yang berlangsung di Bazar Ramadan Stutong pada Sabtu.

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan jumlah bantuan kewangan menerusi SKAS 2026 turut dinaikkan berbanding sebelum ini.

Kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah kini bakal menerima RM950 setahun; warga emas tanpa pasangan (RM5,000 ke bawah) menerima RM500 setahun; manakala individu bujang (RM2,500 ke bawah) mendapat RM300 setahun.

Jelas beliau, bagi memudahkan rakyat membuat persiapan perayaan dan persekolahan, pembayaran akan dikreditkan secara terus ke dalam e-dompet S Pay Global penerima secara tiga fasa.

“Fasa pertama bermula 10 Mac ini bagi kelancaran persiapan Aidilfitri, diikuti fasa kedua pada Mei untuk sambutan Hari Gawai. Fasa ketiga pula pada 10 November sebagai persediaan persekolahan anak-anak,” ujarnya.

Mengulas mengenai impak program yang mula diperkenalkan tahun lalu itu, Abang Johari berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan RM480.2 juta yang memberi manfaat kepada lebih 888,000 penerima pada tahun pertama pelaksanaannya.

Rentetan keberkesanannya, program itu diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan RM539.8 juta sebelum bajetnya diperluaskan lagi kepada RM640 juta untuk tahun 2026.

Bantuan tanpa tunai ini boleh digunakan di 2,249 pasar raya dan kedai berdaftar di seluruh Sarawak bagi pembelian barangan makanan asas. 

Orang ramai boleh menyemak status kelayakan melalui aplikasi S Pay Global atau portal rasmi kerajaan negeri.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM