Siti Zaharah pemimpin komited sepanjang hayat

KUANTAN – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menyifatkan Allahyarhamah Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman sebagai seorang yang sangat komited membangunkan kawasan Paya Besar.

Mohd Shahar yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar berkata, bekas Ketua Wanita UMNO itu turut berpesan supaya menjaga parti dan berkhidmat kepada rakyat.

“Arwah seorang pemimpin yang sangat komited dan bersungguh-sungguh bekerja membangunkan Paya Besar.

“Ketika saya menziarahi arwah di hospital, banyak pesanan arwah kepada saya supaya menjaga parti dan terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Siti Zaharah yang juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya, Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang jam 11.23 malam tadi.

Siti Zaharah yang juga Pengerusi Institut Kemajuan Wanita Malaysia (IKWAM) dilahirkan pada 24 April 1949 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan antaranya Timbalan Perancangan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980-1986), Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (1986), Timbalan Menteri Kesihatan (1995-1999) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1999-2004).

Dalam politik, Allahyarham pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Pahang, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Mentakab, Ahli Parlimen Paya Besar dan Ketua Wanita UMNO.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak diminta memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi memberi penjelasan berhubung kemelut politik yang berlaku di negeri tersebut. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia