Program Perumahan Rakyat Sejahtera penjenamaan semula PPRT

KOTA TINGGI – Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penjenamaan semula itu dibuat bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan.

Langkah itu juga katanya, turut melibatkan penambahbaikan spesifikasi rumah PPRS kepada 680 kaki persegi berbanding 600 kaki persegi sebelum ini dan pengenalan konsep ‘rent-to-own’ atau sewa untuk beli bagi penghuni yang bercadang memiliki rumah yang didiami.

Ahmad Zahid yang ditemui pemberita selepas menyampaikan rumusan Program Pemukiman KKDW di sini hari ini berkata penambahbaikan keluasan rumah berkenaan dibuat berdasarkan standard dan piawaian dasar perumahan negara.

“Saya harap program ini akan diikuti oleh kementerian lain yang terlibat dalam penyediaan rumah untuk rakyat terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri, jabatan perumahan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Konsep ini kita mesti lakukan perubahan dan bukan hanya ikut dasar perumahan negara, tetapi juga lebih menyeluruh dalam menukar minda dan citarasa kepada pihak berkepentingan yang terlibat terutama pembeli dan penghuni rumah-rumah kos rendah berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata bagi 2024, KKDW telah memperuntukkan RM460.4 juta untuk membina 3,000 unit PPRS baharu dan membaik pulih 12,600 unit sedia ada.

Kementerian juga katanya, merancang untuk membina lebih banyak PPRS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Bagi RMK12, lebih 10,000 unit telah dibina. RMK13 kita sedang rancang lebih banyak kerana kita tahu kos boleh dikurangkan terutama kos pembelian tanah, kos untuk infrastruktur jalan atau lorong masuk ke kawasan perumahan dapat dikongsi bersama kerajaan negeri, PBT dan syarikat-syarikat kerajaan,” katanya.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang