Sistem saliran Sarawak diperhebat hadapi cabaran cuaca ekstrem

KUCHING — Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuh sistem saliran dan pengurusan air ribut bagi menghadapi cuaca yang semakin tidak menentu kesan perubahan iklim.

Pengarah JKR Sarawak Dr. Cassidy Morris berkata, corak cuaca yang tidak menentu telah menyebabkan hujan lebat berlaku di luar musim sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat di beberapa kawasan.

“Keadaan cuaca yang berubah-ubah memberi tekanan besar kepada sistem saliran sedia ada. Maka, langkah bersepadu amat diperlukan bagi menambah baik keupayaan infrastruktur ini,” katanya dalam satu seminar di Kuching.

Beliau memaklumkan walaupun sistem saliran telah banyak ditambah baik, kawasan tertentu seperti Serian masih kerap mengalami banjir ketika hujan lebat. 

Justeru, perbincangan bersama Kementerian Kerja Raya telah dimulakan bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

Antara langkah yang diambil ialah menaik taraf culvert lama, khususnya jenis Armco di kawasan luar bandar, kepada culvert kotak (box culvert) yang lebih tahan dan efisien dalam mengalirkan air berjumlah besar.

“Setiap kali kerja naik taraf jalan dijalankan, penilaian semula keupayaan culvert akan dibuat dan penggantian dilaksanakan mengikut keperluan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan usaha memperkukuh sistem saliran bukan sahaja bergantung kepada pembinaan fizikal, malah memerlukan kerjasama masyarakat dalam menjaga kebersihan longkang dan saliran agar tidak tersumbat.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada struktur. Peranan dan sikap masyarakat juga penting dalam mencegah banjir,” tegas beliau.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan Sarawak untuk meningkatkan daya tahan negeri terhadap impak perubahan iklim demi kesejahteraan rakyat.

Foto: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy