Sistem saliran rosak punca jalan Kuala Tahan mendap

JERANTUT – Kegagalan sistem saliran dan cerun yang tidak disenggara dengan baik selain faktor manusia dan cuaca dikenal pasti antara punca kerosakan teruk laluan Jalan Tuit-Mat Daling, dekat Kuala Tahan.

Namun sejak 2021, sebanyak RM365 juta diperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja membaik pulih.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, siasatan oleh perunding bebas mendapati kegagalan penyelenggaraan saliran menyebabkan air bertakung dan melimpah ke cerun sehingga mengakibatkan hakisan serta runtuhan tebing.

“Selain itu ketiadaan rutin pemeriksaan menyebabkan kegagalan kecil tidak dikesan dan akhirnya menjadi kerosakan besar.

“Muatan lori balak berlebihan turut menyumbang kepada kerosakan struktur jalan, selain pergerakan tanah dan retakan kecil pada pembetung mengakibatkan air meresap dan melemahkan struktur cerun,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Sebelum ini, keadaan laluan yang mengalami runtuhan cerun dan mendapan tanah mengakibatkan gangguan pergerakan kira-kira 3,000 penduduk Ulu Tembeling untuk ke bandar Jerantut.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16