Sistem amaran terus ke telefon bimbit sedang disiapkan MCMC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah mengarahkan MCMC meneliti sistem itu yang dapat menyalurkan notis amaran bencana terus ke telefon bimbit penduduk di kawasan terbabit tanpa perlu menerusi khidmat pesanan ringkas.

Katanya, beberapa negara lain termasuk Korea Selatan dan Jepun sudah menggunakan sistem itu yang lazimnya untuk situasi seperti gempa bumi, tsunami serta orang hilang.

“Kita melihat perkara seperti ini boleh dimanfaatkan. Kita akan meneliti dan menyelaraskannya bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara.

“Saya baru mengingatkan MCMC dan mereka sedang meneliti di mana dalam masa sebulan ini, ia akan cuba disiapkan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Kampung Pasir Baru, hari ini.

Related Posts

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri