Sanusi perlu bertanggungjawab atas ketirisan pelaburan, kesan ekonomi – Taufiq

ALOR SETAR – Keputusan Bin Zayed International LLC untuk menarik diri daripada projek RM40 bilion Langkasuka di Langkawi membuktikan kegagalan serius pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Dr Mohammad Taufiq Johari berkata, projek itu yang dijanjikan sebagai pemangkin kemajuan Langkawi kini berpotensi terbengkalai akibat kelemahan kepimpinan kerajaan negeri.

Katanya, Sheikh Midhat Kidwai dari BZI Group menyatakan bahawa sejak 2022, syarikatnya tidak lagi melihat potensi keuntungan dalam projek ini.

‘Kenyataan ini jelas menunjukkan kegagalan kerajaan negeri dalam merancang dan mengurus projek mega yang melibatkan pelaburan besar.

‘Lebih membimbangkan, pentadbiran Menteri Besar tidak mampu menyediakan asas infrastruktur dan polisi yang diperlukan untuk menarik peserta serta meyakinan pelabur,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Jelasnya lagi, Sanusi tidak boleh sekadar menuding jari kepada pihak lain apabila pelabur antarabangsa menarik diri. Kegagalan ini adalah hasil langsung daripada kurangnya perancangan strategik dan dasar yang lemah.

“Adakah ini pentadbiran yang mahu diamanahkan untuk membawa perubahan kepada Kedah?

“Tambahan pula, rakyat Kedah kini bimbang akan kesan limpahan daripada isu ini memandangkan 2025 adalah Tahun Melawat Kedah,” katanya.

Menurutnya, jika situasi itu berterusan, ia mungkin akan menjejaskan imej Kedah sebagai destinasi pelancongan dan pelancong akan memilih untuk melawat lokasi lain seperti di Thailand yang menawarkan infrastruktur lebih baik seterusnya memikat pelancong ke situ.

“Saya menyeru Sanusi untuk mengambil akauntabiliti dan tampil menjelaskan kegagalan ini secara telus. Rakyat Kedah
khususnya di Langkawi berhak mendapat jawapan atas kekecewaan ini.

“Ini termasuk plan pemulihan yang akan dilaksanakan untuk mengelak kegagalan serupa di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebagai Menteri Besar, beliau perlu memahami bahawa setiap kegagalan projek seperti ini membawa implikasi besar kepada ekonomi dan nama baik negeri.

Kata Taufiq lagi, kini sudah sampai masanya untuk mengutamakan kepentingan rakyat, bukan sekadar membuat janji dan pengumuman sahaja, namun tiada tindakan yang konkrit.

Related Posts

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak