SIRIM labuhkan 20 tukun inovasi di perairan Telok Mas

MELAKA – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (SIRIM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melabuhkan 20 tukun inovasi di perairan Telok Mas di sini, membabitkan peruntukan berjumlah RM160,500.

Melalui kenyataan pada Khamis, SIRIM berkata inisiatif dilaksanakan menerusi dana di bawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu adalah usaha untuk mewujudkan habitat ikan baharu serta membantu nelayan mempertingkat hasil tangkapan.

“Peruntukan dana di bawah YIM, sebuah yayasan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu disalurkan menerusi program Inisiatif Inovasi Sosial (MyIS Komuniti) bagi merealisasikan pembangunan tukun inovasi ini dan seterusnya memberi manfaat secara terus kepada nelayan setempat.

“Tukun inovasi dilabuhkan adalah mesra alam kerana menggunakan bahan campuran seramik serta konkrit dan sifat bahan seramik yang ‘inert’ atau bersifat neutral, tidak mudah bertindak balas dengan persekitaran.

“Ia sekali gus tidak akan menjejaskan sistem eko marin, malah dapat membantu menarik pengumpulan dan pembiakan ikan di persekitaran,” kata kenyataan itu.

Projek pembangunan tukun inovasi menggunakan bahan mesra alam bermula pada 1 September tahun lalu selaras komitmen agensi itu dalam melaksanakan prinsip berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam memelihara alam sekitar.

Tambah SIRIM lagi, perairan Telok Mas dipilih sebagai lokasi melabuhkan tukun inovasi kerana kawasan itu belum terjejas dengan pembangunan projek tambakan dan aktiviti pelabuhan.

Pihak berkenaan turut memaklumkan, selain Melaka, tukun inovasi juga dilabuhkan di beberapa tempat sekitar perairan negara seperti Pulau Kendi di Pulau Pinang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, serta Batu Sapi dan Pulau Sebatik di Sabah.

Majlis melabuhkan dan penyerahan projek tukun di perairan Telok Mas disaksikan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Ketua Pegawai Teknologi SIRIM Industrial Research, Dr Muhammad Izzal Ismail.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri