Sinergi JKOM dan UKAS perkukuh komunikasi strategik, eratkan hubungan Persekutuan-Sarawak

KUCHING – Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop serta rombongan di Ibu Pejabat UKAS, Baitulmakmur 1, pada Khamis.

Pertemuan dua hala ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi strategik komunikasi awam antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Persekutuan. 

Ia juga mencerminkan semangat federalisme yang utuh dan hubungan harmoni antara pentadbiran kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak dalam memastikan agenda rakyat didahulukan.

Selain menjadi ruang perkongsian pandangan mengenai isu semasa yang memberi kesan kepada landskap komunikasi awam, kunjungan ini turut membincangkan pendekatan bersepadu bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, berfakta dan berkesan sampai ke peringkat akar umbi.

Dalam sesi berkenaan, Abdullah turut berkongsi perkembangan terkini melibatkan kemajuan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif dan projek strategik di Sarawak. 

“Perkongsian ini selari dengan aspirasi negeri ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat, yang memerlukan sokongan naratif positif daripada agensi komunikasi persekutuan seperti JKOM,” ujar beliau. 

Sementara itu, Ismail melihat pertemuan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, sebaliknya merupakan langkah proaktif JKOM untuk membina jambatan kerjasama yang lebih utuh antara jentera komunikasi kerajaan Persekutuan dengann kerajaan Sarawak.

Selain itu, Ismail juga memberi penekanan khusus terhadap keperluan mewujudkan pendekatan bersepadu dalam menangani cabaran landskap media semasa. 

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada hala tuju dan strategi komunikasi tahun ini dengan penekanan terhadap pengukuhan ekosistem komunikasi awam yang inklusif, responsif dan berteraskan teknologi digital bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) JKOM, Suwadi Guliling; Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan; Pengarah JKOM Zon Sarawak, Ajes Tuah; Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua agensi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta