Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2024

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa puas hati terhadap persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya di sini, Sabtu ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dizahirkan Baginda selepas beliau dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Semalam saya dan KSU diperkenan menghadap dan menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai persiapan Hari Kebangsaan.

“Kami sudah persembahkan dan boleh dikatakan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan persiapan terbabit dan tidak ada apa perkara yang di luar jangkaan Insya-Allah,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2024 berkata, setakat ini, persediaan sambutan itu berjalan lancar.

Menurutnya, pelbagai acara sudah disusun selain beberapa program iringan sudah berjalan seperti Floria Diraja Putrajaya.

“Esok mengikut masa sebenar (hari acara berlangsung), akan ada raptai penuh bagi meneliti persiapan… akan ada pertunjukan udara dan sebagainya,” katanya.

Related Posts

UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam