Sila cabar keputusan mahkamah jika program, umum peruntukan kerajaan salah

NIBONG TEBAL – UMNO menggesa Bersih mencabar keputusan mahkamah sekiranya penganjuran program dan pengumuman peruntukan oleh kementerian mahupun menteri ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah satu kesalahan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, isu terbabit pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang yang mempertikaikannya.

Menurut beliau, Bersih seharusnya melaksanakan kajian secara terperinci, sebelum menimbulkan persoalan dan tuduhan, semata-mata bagi mewujudkan persepsi negatif kepada Kerajaan Perpaduan.

“Bersih harus cabar duluan mahkamah yang telah membuat keputusan (tidak memihak kepada pembangkang). Kes ini telah dibawa sejak zaman Tengku Razaleigh Hamzah (menjadi menteri) dan beliau berjaya memenangi kes tersebut.

“Saya hanya ikut apa yang telah diputuskan mahkamah, bukankah Bersih mendukung undang-undang. Mereka sepatutya pergi mencabar keputusan supaya tidak lagi pengumuman (tuduhan) seperti ini,” katanya kepada media selepas ceramah perpaduan PRK Sungai Bakap di Kampung Sungai Duri, malam tadi.

Sehubungan itu, Ahmad memaklumkan, kementerian mahupun menteri mempunyai hak bagi melaksanakan penganjuran program serta pengumuman peruntukan ketika PRK sedang berlangsung.

“Saya dah duduk politik ini lama, bukannya sekejap. Sudah mula menceburi atau terlibat dengan PRK sejak 1990. Banyak dah kes sebegini dibawa tetapi tak pernah menang.

“Oleh itu, kerjaan berhak mengumumkan di mana, bila masa, kepada siapa pun juga tentang apa yang difikir sesuai oleh kerajaan kepada rakyat, tidak kira masa PRK ataupun tidak. Bersih perlu buat kajian lanjut mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Bersih mengecam Ahmad kerana menganggap tidak salah bagi anggota Kabinet menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa pilihan raya kecil berlangsung.

Jawatankuasa Pemandu Bersih menegaskan, tindakan menggunakan sumber dan jentera kerajaan semasa berkempen adalah bertentangan dengan amalan baik pilihan raya di peringkat antarabangsa termasuk Perkara 4(1) Deklarasi Inter-Parliamentary Union (IPU).

Mengulas perkara berbeza, Ahmad berkata, UMNO akan berusaha menarik seramai mungkin pengundi ‘putihnya’ termasuk ahli parti itu bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin pada PRK Sungai Bakap 6 Julai ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan, pihaknya juga akan memastikan tiada boikot daripada ahli parti itu kepada calon terbabit selepas gabungan itu tidak bertanding di kerusi berkenaan.

“5,000 itu ahli berdaftar, namun sebenarnya kita mempunyai penyokong melebihi 10,000. Jadi saya mengharapkan bahawa ahli dan penyokong UMNO kembali mengundi (calon PH).

“Jika berada di luar mahupun di dalam negara, walaupun kita masih tiada dengar boikot, kita harap perkara itu tidak dilakukan. Dengan mengundi kerajaan negeri dan pusat, masalah rakyat boleh diselesaikan.

“Pembangkang tidak boleh selesaikan permasalahan rakyat, apatah lagi mereka yang mentadbir di negeri-negeri. Masalah pasti tidak akan dapat diselesaikan,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta