Bersatu yang santai, PAS pula bersungguh

SEJAK lima hari lalu, pekan Sungai Bakap yang terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Nibong Tebal berubah wajah.

Kehadiran pengunjung dari luar bersempena pilihan raya kecil (PRK) di situ sangat mengujakan penduduk setempat.

Tidak kiralah mereka itu petugas parti, pengamal media dan ‘pelancong politik’, namun kedatangan mereka secara tidak langsung dapat membantu sektor ekonomi di situ.

Suasana kempen juga semakin rancak apabila sesi ceramah, penerangan, perjumpaan antara calon bersama penduduk, bertambah padat apatah lagi menghampiri pusingan kedua, sebelum 39,279 pengundi di situ membuat keputusan pada 6 Julai nanti.

Dua calon bakal berentap dalam PRK kali ini membabitkan pertandingan ‘satu lawan satu’ antara Dr Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan (PKR) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail daripada PAS.

Jentera PAS dilihat begitu bersemangat dengan gerak kerja mereka, tanpa mengharapkan bantuan daripada petugas daripada parti komponen dalam PN.

Begitu juga dengan kehadiran pimpinan utama daripada Bersatu, yang seolah santai dengan program masing-masing hingga sangat sukar dilihat kelibat mereka.

Yang ada pada hari penamaan calon cuma Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris.

Dan begitu juga dengan hari-hari seterusnya, belum ada lagi pimpinan utama Bersatu datang membantu dalam seri ceramah dan kempen.

Mungkin juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘sibuk’ dengan majlis rumah terbuka Aidiladha yang kebetulan diadakan pada hari sama dengan hari penamaan calon.

Jadi, Mohamed Azmin tidak sempat untuk ke Sungai Bakap bagi mengiringi calon PN, Abidin Ismail.

Majlis rumah terbuka Mohamed Azmin juga meriah, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun turut hadir.

Muhyiddin datang penuh gaya dengan mengenakan baju Melayu berwarna biru muda – warna kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim – ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Manakala Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula ada urusan lain di Negeri Sembilan.

Tidak dapat dipastikan apa urusan Ahmad Faizal di sana, kecuali terdapat perkongsian beberapa keping gambar dalam aplikasi TikTok menunjukkan dia menghadiri ‘Kejohanan Golf Sahabat Peja 2024’ di Kota Seriemas Golf & Country Club, dekat Nilai.

Jadi, mungkin kejohanan itu sudah lama dirancang dan tarikh penamaan calon PRK Sungai Bakap pula diketahui selepas penganjuran kejohanan golf berkenaan sudah ditetapkan.

Maka, bukan salah Ahmad Faizal apabila tidak dapat bersama di Sungai Bakap.

Begitu juga dengan Mohamed Azmin, mungkin pemilihan tarikh untuk rumah terbuka Aidiladha dibuat lebih awal berbanding pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh penamaan calon.

Namun, Mohamed Azmin pada 9 Jun lalu sudah memaklumkan bahawa Bersatu akan membantu jentera PN di Sungai Bakap.

Dia juga menafikan dakwaan sebelum itu bahawa PAS tidak memainkan peranan besar sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Bharu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga belum muncul di Sungai Bakap.

Hamzah dipercayai menunaikan ibadah haji dan beliau dilaporkan hadir ke Parlimen apabila Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin lalu.

Cuma, adakah pemimpin utama parti Bersatu akan menunggu saat akhir sebelum turun beramai-ramai membantu jentera PN di Sungai Bakap.

Atau mungkinkah PN merasakan faktor dan aura dimiliki Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah mencukupi bagi berdepan jentera Kerajaan Perpaduan di situ.

Atau pun, mereka merasakan ‘legasi’ Allahyarham Nor Zamri Latiff  atau Abang Zam mampu menjadi senjata untuk mengekalkan penguasaan PAS di Sungai Bakap.

Related Posts

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA