Sibu International RC Powerboat Race 2025 catat 759 penyertaan, sasar rekod Malaysia

SIBU – Sibu sekali lagi mencipta sejarah apabila penganjuran Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 berjaya mencatatkan sebanyak 759 penyertaan bot kawalan jauh (RC boat), sekali gus menjadikannya antara acara terbesar seumpamanya di Malaysia.

Acara yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Pulau Li Hua, Tebingan Rajang itu dijangka akan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Most Remote Control Boats in a Single Event’.

Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, pengiktirafan rasmi daripada MBOR akan disampaikan pada majlis penutupan rasmi Ahad ini.

“Acara ini bukan sekadar perlumbaan biasa, tetapi turut menjadi simbol integrasi komuniti, pemangkin pelancongan serta penggerak utama ekonomi Sibu secara keseluruhan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian, Khamis.

Tambah beliau, acara itu turut menarik penyertaan dari seluruh Sarawak, Semenanjung Malaysia, Sabah, Labuan serta negara jiran seperti Brunei dan Thailand, sekali gus membuktikan sukan rekreasi air ini semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) atas sokongan berterusan, termasuk pemberian geran sebanyak RM100,000 bagi memastikan kelancaran penganjuran kali ini.

Turut hadir, Wakil Setiausaha Tetap MTCP, Tracy Evon; Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai; Setiausaha Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu merangkap Ketua Sekretariat Sibu International RC Powerboat Race, Maria Nadja Jimmy; Pengurus AB Racing Team, Zully Ambrose Blikau dan Wakil Pengerusi JKKK Pulau Li Hua, Sia Yee Pang.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis