PUTRAJAYA – Ketiadaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) dilihat isyarat daripada Pas untuk bergerak solo tanpa Bersatu dalam perjuangan politik parti tersebut.
Aktivis politik, Saiful Nizam berkata, tindakan itu membuktikan hubungan antara dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) semakin rapuh sehingga
sanggup menjemput Tun Dr Mahathir dan mengenepikan suara Muhyiddin.
Menurutnya, Pas ketika ini sanggup bersikap ‘tikam belakang’ dengan parti-parti komponen PN, khususnya Bersatu demi kepentingan peribadi dan keuntungan negeri di bawah pentadbiran parti terbabit.

“Lebih memeranjatkan, dalam poster sidang kemuncak ini, kita lihat wajah empat Menteri Besar dari negeri terlibat, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan tidak ketinggalan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi mana gambar Muhyiddin? Adakah beliau telah dibuang begitu sahaja.
“Keretakan antara Bersatu dan Pas dalam PN kini semakin jelas. Konflik berkenaan hanya menunjukkan betapa rapuhnya gabungan PN. Jika mereka sendiri tidak boleh sepakat, bagaimana nak memimpin negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Saiful berkata, sidang kemuncak SG4 itu hanyalah lakonan politik yang penuh dengan hipokrasi yang dilaksana bukan untuk kebaikan rakyat, tetapi demi meraih politik peribadi Pas.
Beliau dalam nada sinis mempersoalkan mengapa Selangor menjadi destinasi kemucak bagi SG4 dan tidak memilih empat negeri di bawah pentadbiran Pas yang boleh meraih sokongan akar umbi parti.
“Semua tahu bagaimana Mahathir melayan Kelantan ketika berkuasa dahulu, dan betapa menderitanya rakyat Kelantan ketika itu. Sekarang, Mahathir dijulang sebagai tokoh.
“Sidang kemuncak ini hanyalah sandiwara. Rakyat harus buka mata dan sedar siapa sebenarnya yang mempermainkan nasib mereka, tetapi walaun tetap takkan terima kebenaran dan terus menerus pajak otak,” katanya.
Terdahulu, Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4) Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, empat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasil yang diperoleh negeri berkenaan diagihkan secara saksama.
Syarikat berkenaan, yang dinamakan SG4 Group Sdn Bhd, akan memberi fokus kepada lima kluster ekonomi, dengan setiap negeri mempunyai pegangan ekuiti 25 peratus.
Sementara itu, rata-rata netizen di media sosial turut mempersoalkan ‘kehilangan’ Muhyiddin serta pimpinan Bersatu dalam persidangan tersebut.
“Mana Pengerusi PN, di mana Muhyiddin dan kepimpinan Bersatu, malah yang dijemput bekas musuh Pas, iaitu Tun M. Memang sah Pas sekarang ini parti yang tamak haloba demi kepentingan politik mereka,” kata tuasmar.
“Wah, walaun sekarang dah bergaduh. Pas sanggup jemput Tun M, tapi Muhyiddin tak dijemput, Pengerusi PN si din tu. Nampak sangat PN sedang diambang terkubur,” kata zamhire di Facebook.





