Setiap kutipan mesti sampai kepada Palestin – Mohd Nai’im

PUTRAJAYA –  Setiap sumbangan yang dikutip oleh mana-mana pihak untuk Palestin mestilah sampai kepada rakyat negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia adalah peringatan kepada mana-mana badan atau organisasi yang menjalankan kutipan untuk Palestin untuk tidak menyalahgunakan dana sumbangan individu atau syarikat.

“Pesan saya, mana-mana individu yang mengutip sumbangan ini kena pastikan sampai kepada sahabat, saudara kita di Palestin.

“Kita akan dipersoalkan walaupun sesen wang sumbangan tersebut kita gunakan. Kena ada sifat amanah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Julai lalu, menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana derma awam berjumlah RM3 juta.

Susulan siasatan berkenaan, kira-kira 20 akaun perbankan berkait individu tersebut berjumlah lebih RM740,000 turut dibekukan SPRM.

Sitaan dan pembekuan akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis