Sesi penulisan kreatif cungkil bakat, jadi terapi minda warga emas

KUCHING – “Menulislah dengan hati, bukan untuk dinilai benar atau salah, tetapi untuk keberanian menyuarakan isi fikiran.”

Demikian panduan bermakna yang dikongsi oleh pengkarya veteran, Sajali Mohamad, 73, lebih mesra dikenali sebagai Pak Jali, dalam Sesi Pengkaryaan Penulisan Kreatif anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (DiWarMas AKRAB), bertempat di Konferens 1, Pustaka Negeri Sarawak, pada Rabu.

Bagi beliau, dunia penulisan adalah medium peribadi untuk mengungkap rasa, menggambarkan pemikiran, memerdekakan jiwa dan bukan semata-mata hasil sastera yang indah.

“Penulis tidak lahir begitu sahaja. Ia lahir dari keinginan yang konsisten dan usaha yang tidak putus. Kuncinya adalah istiqamah,” ujarnya di hadapan 20 peserta warga emas yang menyertai sesi tersebut.

Beliau juga berkongsi bahawa menulis kini menjadi rutin hariannya dan sukar baginya untuk tidur jika tidak mencoret sesuatu, walaupun sedikit.

“Setiap coretan boleh menjadi cermin emosi dan luahan hati kita. Jangan terkejut jika satu hari nanti, tulisan kecil itu menjadi karya besar,” tambahnya.

Lebih daripada sekadar bengkel, sesi ini menjadi ruang terapi minda buat warga emas, membolehkan mereka mengekspresikan pengalaman hidup, mencatat kenangan, dan menzahirkan kekaguman terhadap kebesaran Ilahi melalui tulisan.

Menariknya, suasana santai dan saling menyokong dalam kalangan peserta membina semangat kebersamaan. Sesi ini juga menjadi platform untuk berkongsi cabaran kehidupan dan menyulam semula jaringan sosial dalam kalangan generasi emas.

Dalam pada itu, Pak Jali mengingatkan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT wajar dimanfaatkan tetapi perlu dilakukan secara berhemah agar tidak menjejaskan keaslian idea dalam penulisan kreatif.

“Menulis bukan hanya tentang teknologi atau gaya, tetapi soal jujur terhadap isi hati. Mengetik di telefon pun sudah cukup, asalkan ia lahir dari pemikiran sendiri,” tegasnya.

Beliau turut berharap agar para peserta diberi peluang menerima pengiktirafan berbentuk sijil pada majlis konvokesyen Program Literasi Dewasa anjuran Pustaka Negeri Sarawak yang dijangka berlangsung pada Oktober nanti.

Sajali Mohamad atau dikenali sebagai Pak Jali.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa