Serbu kilang dalam ladang sawit, rampas pelbagai sisa e-waste bernilai RM31 juta

PARIT – Cubaan menyembunyikan kegiatan memproses sisa elektronik (e-waste) secara haram terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya menyerbu sebuah kilang tersembunyi dalam ladang kelapa sawit dan merampas bahan buangan berjadual bernilai lebih RM31 juta, pada Isnin.

Serbuan menerusi Op Hazard yang dijalankan secara bersepadu kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan anggota Kompeni B, Batalion 3 PGA Ulu Kinta bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Perak Tengah.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, premis yang diserbu terletak kira-kira lima kilometer dari jalan utama dan disyaki menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste tanpa lesen sah.

“Pemeriksaan menemui sebuah treler yang mengandungi bongkah-bongkah mampat dipercayai e-waste belum diproses.

“Selain itu, kita turut merampas 105,300 kilogram e-waste, 5,000 kilogram arang batu, pelbagai kelengkapan pemprosesan, sebuah treler dan dua kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, pihak PDT Seri Iskandar turut menyita bangunan berkeluasan 0.078 hektar yang dijadikan lokasi memproses sisa elektronik, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM31,337,000.

Tambahnya, tiga lelaki tempatan berusia antara 36 hingga 70 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes kini disiasat mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 18 dan Seksyen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (menjalankan aktiviti tanpa lesen dan membina bangunan tanpa kelulusan) ; Seksyen 34A dan 34B akta sama (beroperasi tanpa laporan EIA serta melupuskan buangan terjadual tanpa kebenaran.

“Selain Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946; dan Seksyen 127 Kanun Tanah Negara berhubung pelanggaran syarat tanah,”jelas Shahrum.

Tambahnya lagi, siasatan masih dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 3 PGA bagi menjejaki individu atau sindiket lain yang dipercayai terlibat dalam kegiatan e-waste haram, khususnya di sekitar negeri Perak.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri