EU desak Israel perbaiki krisis kemanusiaan di Gaza

KETUA dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas menggesa Israel agar segera mengambil langkah konkrit bagi memperbaiki situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, sambil memberi amaran bahawa blok itu bersedia untuk bertindak sekiranya Israel gagal menunaikan janjinya.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Menteri Luar EU di Brussels pada Selasa, Kallas menegaskan bahawa pihak EU akan memantau rapat pelaksanaan komitmen yang telah dipersetujui Israel, dengan laporan pematuhan akan dikemas kini setiap dua minggu.

“Pada permintaan Majlis Eropah, saya turut membentangkan kepada para menteri satu senarai langkah yang boleh diambil susulan semakan pada Jun lalu. Kami telah berbincang mengenainya, namun pilihan akhir terletak di tangan negara anggota. Semua pilihan kekal terbuka, dan kami bersedia bertindak jika Israel tidak menepati janjinya,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tujuan EU bukan untuk menghukum Israel, sebaliknya untuk memastikan situasi kemanusiaan di Gaza benar-benar bertambah baik.

Mengulas perkembangan terbaharu di Gaza, Kallas memaklumkan bahawa terdapat kemajuan susulan perjanjian bantuan antara EU dan Israel, termasuk pertambahan jumlah trak bantuan serta kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang sedang berjalan.

“Namun, Israel perlu mengambil lebih banyak langkah konkrit bagi menambah baik keadaan di lapangan,” tegasnya.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak