Serangan Israel berterusan, angka korban terkini cecah 41,825 orang

MENGHAMPIRI satu tahun serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin, angka korban rakyat Palestin dalam pembunuhan beramai-ramai itu terus meningkat kepada 41,825 mangsa sejak 7 Oktober tahun lalu.

Berdasarkan laporan daripada Wafa, setakat Sabtu, angka korban terus meningkat kepada 41,825 orang, 96,910 lagi cedera manakala puluhan ribu lagi warga masih terperangkap di bawah runtuhan tidak dapat diselamatkan.

Terbaharu pada Sabtu, satu siri serangan udara daripada jet pejuang Israel menyasarkan bahagian utara Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa orang tercedera.

Menurut sumber tempatan, dalam serangan udara yang menyasarkan rumah milik keluarga Shaban di bandar Jabalia, mangsa yang tercedera dan terkorban di bawa ke Hospital Kamal Adwan di Jabalia, utara Gaza oleh petugas kecemasan.

Selain itu, dua rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan yang lain cedera telah dibawa ke Hospital Kamal Adwan selepas jet pejuang Israel membedil sebuah apartmen di bangunan Khadoura berhampiran klinik UNRWA di Jabalia.

Dalam serangan lain, tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera telah dibawa ke Hospital Al-Awda berikutan serangan udara Israel ke atas sebuah rumah milik keluarga Arabeed di kejiranan Bir al-Najja yang terletak di barat kem pelarian Jabalia.

Sementara itu, tentera Israel bertindak kejam apabila membedil dan melancarkan serangan terhadap trak pengagihan air berhampiran Kelab Perkhidmatan Jabalia sehingga menyebabkan kematian beberapa orang rakyat Palestin.

Akibat ketegangan Israel di wilayah Jabalia, banyak keluarga telah mula meninggalkan rumah mereka, terutamanya dari kawasan timur Jabalia, kejiranan Karama di barat laut Gaza, serta kawasan Sultan dan Atatra di barat Beit Lahiya.

Di kem pelarian Nuseirat kawasan tengah Gaza pula, seorang pemuda cedera apabila tentera Israel menyasarkan sebuah rumah di sebelah barat bulatan Abu Sarar, manakala pasukan artileri Israel turut mengebom pelbagai lokasi di Bandar Gaza, serentak dengan tembakan dari helikopter Apache.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy