Serang pengawal keselamatan, tiga pekerja ‘car wash’ diberkas polis

TAWAU – Polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing yang juga pekerja ‘car wash’ selepas disyaki terbabit kes merusuh membabitkan serangan terhadap seorang pengawal keselamatan di sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Chong Thien Vun, November lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau di kawasan tepi sebuah ‘car wash’ di kawasan sebuah pasar raya, Jalan Chong Thien Vun kira-kira pukul 12 tengah hari, pada Isnin.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 6 November lalu kira-kira pukul 5.30 petang apabila mangsa berumur 19 tahun menghantar kereta untuk dicuci sebelum meminta kebenaran mencuci sendiri kenderaan itu.

“seorang pekerja carwash dipercayai bertindak menumbuk mangsa di bahagian badan sebelum dua lagi rakan sekerjanya turut menyerang menyebabkan mangsa mengalami kesakitan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Kesemua suspek berumur 18 hingga 32 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Jasmin, semakan rekod mendapati suspek lelaki tempatan berumur 32 tahun mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau membabitkan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang berkaitan kesihatan awam dan penyalahgunaan dadah, manakala dua lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyelesaikan sebarang perselisihan secara berhemah serta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis demi keselamatan awam di daerah ini,” ujarnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka