Seorang tersepit, seorang cedera kereta bertembung

PENAMPANG – Seorang tersepit manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan bertembung di Kampung Ramaya, Jalan Penampang dekat sini, pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kejadian pada 5.55 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan Kancil dan Axia.

Katanya, satu pasukan melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kemalangan.

“Setibanya pasukan Bomba ke lokasi didapatiseorang mangsa tersepit dalam kereta Perodua Kancil dan anggota bertindak mengeluarkannya dengan peralatan khas.

“Seorang mangsa dalam kereta Perodua Kancil mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak (KKM) untuk menerima rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 6.50 petang.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat