Pindaan undang-undang gangguan seksual perlu dilaksanakan – Nancy Shukri

KUCHING – Pindaan undang-undang gangguan seksual perlu dilaksanakan supaya hak individu dijamin sepenuhnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata undang-undang gangguan seksual hanya individu bukan melibatkan organisasi.

“Jika mahu kita mahu mengenakan undang-undang gangguan seksual, kita memerlukan pindaan supaya kita dapat mendakwa organisasi yang tidak membuat apa-apa membantu kes gangguan seksual,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Santubong di Mydin Openg pada Ahad.

Nancy juga merangkap Ahli Parlimen Santubong berkata langkah tersebut turut melibatkan organisasi supaya tidak hanya bergantung kepada individu.

“Saya mahu meminta untuk dijalankan kajian terhadap perkara ini agar dapat dipinda dalam undang-undang sedia ada,” ujar beliau.

Jelas beliau, pindaan undang-undang tersebut harus berlaku adil kepada mangsa gangguan seksual tanpa mengira lelaki atau wanita.

Sebelum ini, tular berita melibatkan seorang pegawai kanan bank di melakukan gangguan seksual terhadap pekerja wanita sejak 2021.

Bagaimanapun, pihak bank menafikan berlakunya gangguan sekual terhadap pekerja wanitanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat