Seorang maut, 13 cedera kemalangan tiga kenderaan

MACHANG – Seorang lelaki maut manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.55 malam.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Toyota Hilux, Perodua Kancil dan Proton Waja.

“Nahas itu menyebabkan pemandu Proton Waja tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi penumpang dalam kenderaan berkenaan cedera.

“Sementara itu, lima individu yang menaiki Toyota Hilux dan tiga lagi yang menaiki Perodua Kancil turut cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa yang cedera dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Machang menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16