Seorang lagi pemimpin Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel

BEIRUT – Rejim Zionis Israel membunuh pemimpin kanan dari kumpulan Hamas, Samer Al-Hajj di Sidon, selatan Lubnan pada petang Jumaat.

Menurut sumber tempatan, dron milik tentera musuh Zionis menyasarkan kenderaan pemimpin Samer di pintu masuk ke bandar itu yang mengakibatkan kematiannya serta-merta.

Menurut sumber di kem pelarian Palestin Ain al-Hilweh berkata bahawa serbuan Zionis menyasarkan pegawai lapangan di Briged Qassam Samer dan Molham Tawfiq, dan Samer terbunuh manakala Tawfiq cedera parah.

Dalam pada itu, agensi berita Lubnan mengesahkan pembunuhan pemimpin Hamas itu selepas beliau menjadi sasaran dron milik tentera musuh Zionis di bandar Sidon.

Kata agensi itu lagi, Samer adalah seorang pemimpin Hamas yang bertugas di kem pelarian tersebut.

Serangan turut menyebabkan pengawal peribadinya mengalami kecederaan kritikal.

Tentera Israel telah melancarkan serangan terhadap anggota Hamas, kumpulan bersenjata Lubnan yang bersekutu, Hezbollah dan kumpulan lain di Lubnan dalam tempoh 10 bulan yang lalu, selari dengan perang di Gaza.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat