Sentimen ‘GRS kerajaan gagal’ hanya publisiti murahan – Fairuz

KOTA KINABALU – Dakwaan pihak luar terhadap Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan yang gagal adalah sentimen yang tidak berasas dan publisiti murahan.

Demikian disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang mempersoal dakwaan bahawa GRS sebagai kerajaan gagal dan tidak menyelesaikan masalah rakyat.

“Atas dasar apa kenyataan menghentam kerajaan GRS dibuat oleh mereka dengan berulang kali memainkan sentimen masalah infrastruktur asas yang tidak selesai?

“Adakah mereka yang bercakap berkenaan isu ini sedar akan realiti sebenarnya yang mereka cuba ubah dan menunding jari dengan menyalahkan kerajaan GRS?,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Fairuz yang juga Ketua Pemuda Gagasan Rakyat berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa berusaha dalam menyelesaikan masalah infrastruktur rakyat di seluruh negeri ini.

“Ketua Menteri kita sentiasa utamakan fokus beliau untuk masalah infrastruktur yang sejak sekian lama belum selesai walaupun sudah bertukar kerajaan banyak kali.

“Masalah yang wujud seperti masalah air, masalah elektrik, masalah jalan, ini semua masalah yang diwarisi dan bukan mudah selesaikan semua sekelip mata.

“Kerajaan Sabah tidak pernah pejam mata dan abaikan aduan atau suara rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menyalahkan kerajaan GRS kerana tidak menyelesaikan masalah rakyat dan dianggap sebagai kerajaan yang masih gagal.

Fairuz turut meminta dan menasihati Bung agar tidak mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan mengadu domba dan terus-menerus menghasut rakyat dengan perkara tidak berasas.

“Ayuh kita sama-sama kejar pahala berbuat kebaikan dalam bulan mulia ini dan jauhkan perbuatan yang boleh mencemarkan ganjaran pahala kebaikan kita untuk bulan Ramadan yang suci ini.

“Jika benar mahu jadi hero, mahu bantu rakyat, buktikan dan ayuh bersama-sama berganding bahu, kita semua kerja untuk rakyat, bukan saling bertikam lidah dan berhujah benda-benda yang saya anggap sebagai publisiti yang tidak patut dibangkitkan seumpama ini,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di sini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran