Program Cahaya Ramadan 2025 ceriakan golongan kurang berkemampuan

KUCHING – Sempena Ramadan tahun ini, Yayasan Telekom Malaysia (YTM) meneruskan program Cahaya Ramadan 2025.

Menerusi kenyataan rasmi YTM, program kali ini merupakan tahun ketiga yang bertujuan membantu dan menceriakan golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Di Sarawak, pihak YTM berkolaborasi dengan TM Sarawak di Surau Darul Ikhlas, TM Sarawak Hub, Jalan Sultan Tengah.

“Pengagihan bubur lambuk kepada agensi dalam Kementerian Komunikasi (K-KOM) di Sarawak.

Selain itu, program ini turut dijalankan di seluruh TM Sarawak termasuk Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Jumlah bubur lambuk diedarkan adalah 2,200 pek dan jumlah kotak makanan sebanyak 160 di seluruh Sarawak.

Sementara itu, YTM berkolaborasi dengan Kelab TM, Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) dan Persatuan Isteri-isteri dan Anggota Wanita TM (TIARANITA) menyantuni golongan asnaf, keluarga B40, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Antara sumbangan tersebut ialah pek makanan, agihan bubur lambuk, agihan makanan berbuka dan sahur serta pemberian duit raya (zakat).

“TM dan Yayasan TM juga berpeluang mendekatkan diri dengan masyarakat sambil mengambil tahu keperluan mereka.

Difahamkan lebih 10,000 penerima manfaat daripada masyarakat kurang berkemampuan menerima bantuan menerusi program ini.

Pihak YTM memperuntukkan dana RM320,000 untuk pelaksanaan program ini di seluruh negara.

“Setiap TM negeri akan menerima dana anggaran RM25,000 hingga RM35,000 untuk pelaksanaan program Cahaya Ramadan YTM 2025.

Related Posts

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

KUCHING – Polis Sarawak menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Kuching dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.8 juta. Kejayaan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane