Semua skim pelaburan dalam Telegram adalah scam

KUALA LUMPUR – Semua skim pelaburan yang menggunakan aplikasi Telegram adalah scam.

Demikian tegas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Menurutnya, masyarakat diingatkan usah percaya dengan tawaran pelaburan melalui sosial media.

“Dalam Tele (Telegram) ada ratusan tawaran pelaburan.

“Semua yang tertarik dengan grup pelaburan ini akan terpedaya dan membuat pelaburan yang merugikan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kes jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula merebak ke alam siber termasuk media sosial.

Dalam catatan di Facebook rasminya, Fahmi memaklumkan beliau telah mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

Fahmi sebelum ini juga dilaporkan berkata, terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan