Anak angkat cemerlang SPM, Steven Sim tunai janji

GEORGE TOWN – Tindakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang menunaikan janjinya dengan memberi ganjaran kepada anak angkatnya yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraih perhatian warganet.

Beliau membuat perkongsian itu di Facebooknya yang memaparkan angkatnya yang dikenali Gajeswaran itu mendapat keputusan 7A dalam SPM 2023.

Menurut Steven, sebelum ini beliau berjanji dengan anak-anak angkatnya untuk memberi hadiah RM50 untuk setiap A yang diperoleh.

Malah Ahli Parlimen DAP itu turut menyalurkan elaun RM100 setiap bulan kepada mereka dengan harapan mereka fokus kepada pelajaran dan tidak bimbang soal kewangan.

“Tahun lalu ada 9 orang anak angkat ambil SPM dan mendapat sejumlah 23 A. Semua saya kasi (beri) hadiah. Rasa sangat-sangat bangga. Macam anak sendiri dapat A.

“Gajeswaran seorang anak yang baik. Dia tau keluarganya bukan orang senang jadi dia usaha sungguh-sungguh di sekolah agar dapat masuk universiti awam,” tulisnya pada hantaran Facebook miliknya.

Tambah beliau, anak angkatnya itu bercita-cita menjadi guru dan mahu membantu anak-anak keluarga susah lain untuk berjaya.

Katanya, Gajeswaran gembira permohonan masuk ke matrikulasi berjaya dan kini remaja itu selangkah lebih dekat mencapai cita-cita untuk masuk universiti.

Gembira dengan keputusan yang diperoleh Gajeswaran, Steven yang juga Menteri Sumber Manusia turut menghadiahkan komputer riba baharu kepada anak angkatnya itu untuk digunakan bagi menyambung pengajian tidak lama lagi.

“Saya tau dia nak masuk matriks kena ada komputer riba dan tak sanggup nak minta dengan ayah dan ibu sebab dia tahu mereka perlu tanggung perbelanjaan dua orang adik yang masih bersekolah.

“Walaupun bukan anak sendiri, saya tahu hati seorang anak. Tak apa, ayah angkat belikan laptop baru,” kongsinya lagi.

Sementara itu, rata-rata warganet memuji sikap pemurah dan prihatin ahli Parlimen itu kepada golongan pelajar yang memerlukan di kawasannya.

“Teruskan buat kebaikan, jalan terus YB,” kata Abdul Kuduz.

Mali Muyung pula bertanya kepada Steven, “boleh tak saya nak jadi anak angkat YB?”

Mohamad Hanis Naszari pula berkata, untung Malaysia ada wakil rakyat macam YB.

Related Posts

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing