Semua bantuan banjir perlu melalui PKOB

KUANTAN – Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang perlu merujuk Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah bagi mengelakkan pertindihan tugas.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu bertujuan memudahkan kelancaran tugas di kawasan terjejas banjir.

“Kita bukan nak susahkan mereka, tetapi NGO perlu merujuk kepada PKOB sebelum Pengerusi PKOB atur ke lokasi-lokasi supaya tidak berlaku pertindihan tugas.

“Perkara ini sudah kita laksanakan sejak dulu lagi dan sememangnya kami amat mengalu-alukan kehadiran NGO. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan,” katanya selepas lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab (Chatin), Temerloh, petang tadi.

Wan Rosdy turut memaklumkan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) telah menggerakkan pasukan mereka untuk kerja membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir.

Beliau turut berpuas hati dengan operasi PPS yang dibuka susulan maklum balas positif daripada mangsa-mangsa terlibat.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎