Sembilan pekerja ladang kelapa sawit terhidu racun serangga dikejarkan ke hospital

KINABATANGAN – Sembilan pekerja sebuah ladang kelapa sawit dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga, di sini pada Sabtu.

Semua mangsa dipercayai terhidu racun serangga jenis ‘Carbosulfan UN3077’ ketika menjalankan aktiviti membaja pokok sawit di ladang seluas 20 ekar kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.11 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Kinabatangan dan Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai bomba.

“Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Semua pekerja yang terlibat dilaporkan stabil,” katanya di sini dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, lapan mangsa sudah keluar dari Unit Kecemasan manakala seorang masih dirawat dalam wad kerana belum pulih sepenuhnya tapi mangsa dalam keadaan stabil.

Menurut Nurul Azlan, pasukan bomba kemudian bertindak menutup kawasan dan membuat persempadanan dengan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud.

“Pasukan bomba kemudian menasihati pemilik ladang untuk sentiasa menggunakan pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai ketika kerja-kerja meracun.

“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan 6.40 petang,” ujarnya.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM