Lima sekeluarga maut nahas babit dua kenderaan di Pekan

KUANTAN – Lima mangsa maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, dekat Pekan, malam tadi, dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka.

Mereka ialah Hamzah Zahari, 53, bersama isterinya, Rahimah Awang Muda, 38, serta anak mereka, Ainul Mardhiyah Hamzah, 10; Muhammad Luqman Nur Hakim, 8; dan Muhammad Lutfi, 4.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata berdasarkan laporan, kemalangan kira-kira jam 7 malam itu membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki keluarga terbabit dan Nissan Grand Livina dinaiki dua individu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika kereta dipandu Hamzah sedang dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Nenasi, Pekan, manakala Grand Livina dipandu lelaki berusia 51 tahun pula dari arah Kuantan menghala ke Rompin.

“Sebaik tiba di lokasi, Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Grand Livina yang sedang bergerak lurus.

“Akibat perlanggaran itu, lima individu yang menaiki Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lelaki serta penumpang wanita berusia 43 tahun dalam Nissan Grand Livina pula mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM