Semangat untuk bertugas dengan lebih komited

MUAR – Kadar kenaikan gaji yang diterima buat kali pertama oleh kakitangan kerajaan pada hari ini ternyata memberikan motivasi serta inspirasi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Bagi seorang anggota polis, Munir Mansor, 36, berkata, peningkatan gaji sebanyak hampir RM300 diterima pastinya menggembirakan apatah lagi dia bakal menunaikan ibadah umrah pada 1 Januari ini.

“Saya dah rancang lama untuk ke Tanah Suci dan bakal berlepas Januari depan. Justeru, apabila menerima kenaikan gaji pada hari ini, dapatlah membantu saya berbelanja sebelum berangkat ke sana.

“Selain itu, saya juga rasa lebih komited untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang. Ia ibarat pembakar semangat bagi kami semua untuk berkhidmat dan bertanggungjawab bertugas kepada negara,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis, Mohammad Irwan Yusof, 34, turut meluahkan rasa penghargaan kepada pihak kerajaan yang dianggap peka dengan keadaan ekonomi semasa dan nasib rakyat.

“Memang seronok dan ternanti-nanti bila PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) umumkan berita ini beberapa bulan lalu. Selaku penjawat awam yang kebiasaannya menerima kenaikan gaji tahunan dengan kadar biasa, bila tahu gaji naik sehingga 8 peratus ni, memang bersyukur sangat.

“Alhamdulillah, PMX sangat memahami cabaran kami dalam menghadapi keadaan ekonomi ketika ini. Tambahan pula bagi yang dah berkeluarga, perbelanjaan harian agak tinggi sekarang ni. Insya-Allah, saya akan jadikan ia sebagai pendorong untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang,” katanya.

Manakala bagi Ketua Unit Keselamatan di sebuah hospital, Abd Rahman Mohd Isa, 44, turut meluahkan rasa syukur atas rezeki baharu yang diterima hari ini.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dengan kenaikan gaji ini. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Related Posts

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi