Semangat merdeka dari Segamat ke Putrajaya

PUTRAJAYA — Dari Segamat ke Dataran Putrajaya membawa semangat merdeka seorang wanita, Fatin Nur Insyirah Shamsaimi walaupun perlu menempuh perjalanan yang panjang untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-67 hari ini.

Menurut Fatin, cuti mingguan selama dua hari Jumaat dan Sabtu (cuti mingguan di Johor) memberi peluang beliau bersama anak Muhammad Shafi Rezqi Mohammad Sharizad dan Salawati Hamdan untuk merasai kemeriahan sambutan ini.

“Saya dari Segamat, Johor, bertolak daripada tengahari semalam (Jumaat) dan tidur di hotel sekitar Sepang, orang kata ‘checkout’ 12 tengah hari tetapi kami ‘checkout’ 2 pagi.

“Masa tu jalan dah sesak, kami berjalan jauh dan akhirnya kami berlari-lari hanya mahu mendapatkan kerusi untuk duduk.

“Tempat duduk hampir penuh dengan kawalan pihak polis dan alhamdulillah kami berjaya mendapatkan tempat duduk malah perjalanan sambutan majlis nampak positif serta berjalan lancar,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di sini, pada Sabtu.

Mengangkat tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, acara sambutan di seluruh negara mempamerkan semangat yang sama dalam kalangan masyarakat setempat, dengan menggabungkan penyatuan tradisi, budaya daripada pelbagai kaum dan etnik.

Fatin berkata, mereka akan segera pulang ke Segamat kerana pada Ahad telah mula bekerja seperti biasa.

Beliau juga berharap agar keamanan yang dikecapi oleh negara selama ini akan berkekalan tanpa gangguan anasir-anasir jahat.

“Sempena merdeka ini, semoga Malaysia terus aman, ekonomi stabil dan rakyat negara ini yang berbilang kaum ini mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Kami akan datang lagi tahun depan kerana dah tiga tahun berturut-turut kami datang dari sambutan di Kuala Lumpur (2022), Putrajaya 2023 dan 2024,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti