Selangor berjaga-jaga, bilik gerakan banjir aktif 24 jam

KERAJAAN Selangor mengaktifkan bilik gerakan 24 jam di seluruh daerah untuk memantau kawasan titik panas banjir dan fenomena air pasang besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu bagi membolehkan tindakan segera dilaksanakan oleh bilik gerakan bencana negeri jika berlaku banjir.

Jelasnya, benteng (ban) sementara turut dibina di beberapa lokasi kritikal sebagai persediaan menghadapi fenomena air pasang besar yang bermula esok hingga Ahad.

“Beberapa ban sementara sedang dalam proses pembinaan susulan keputusan dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor bulan lepas.

“Petang ini saya akan pantau tahap kesiapsiagaan dan akan melihat jika ada ban yang masih belum selesai dibina, arahan akan dikeluarkan untuk menyegerakan tindakan (pembinaan) itu dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selapas meninjau kawasan tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Hulu Klang, hari ini.

Menyentuh banjir kilat di Hulu Langat, Amirudin berkata, kebanyakan mangsa yang berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) telah pulang ke kediaman masing-masing.

“Kebanyakan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan semalam hanya mengambil tempoh hingga 3 hingga 4 jam, ia bukan bah termenung.

“Kejadian banjir kilat di KL semalam telah menyebabkan air mengalir ke sebahagian kawasan Selangor.

“Negeri akan memantau jika terdapat keperluan mengalihkan penduduk ke PPS dengan melihat situasi banjir kilat,” katanya.

Related Posts

Kerja senyap, bantuan tetap jalan demi mangsa banjir

BINTULU – Setiap wakil rakyat mempunyai peranan tersendiri dalam menguruskan bencana banjir yang melanda kawasan Sebauh, sama ada menerusi tinjauan lapangan mahupun memastikan kelancaran penyelarasan bantuan di peringkat pentadbiran. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti Bintangor rangsang sosioekonomi penduduk setempat

SIBU – Projek jeti baharu di Bintangor yang siap lebih awal membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa infrastruktur luar bandar, sekali gus merancakkan sosioekonomi penduduk setempat. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja senyap, bantuan tetap jalan demi mangsa banjir

Kerja senyap, bantuan tetap jalan demi mangsa banjir

Jeti Bintangor rangsang sosioekonomi penduduk setempat

Jeti Bintangor rangsang sosioekonomi penduduk setempat

Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

Pantau pihak salah guna logo, sijil halal

Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

  • By Fandi
  • January 14, 2026
Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

  • By Fatin
  • January 13, 2026
Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan