Sekolah berperanan bentuk masa depan negara – Saarani

SUNGAI SIPUT – Biarpun arena pendidikan negara sekarang sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran bersilih ganti, namun sekolah tetap berperanan dalam membentuk masa depan negara dengan menyemai nilai pendidikan berlandaskan semangat kebangsaan dan perpaduan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyatakan bahawa peranan sekolah selain gedung ilmu, ia juga adalah institusi yang memelihara budaya dan warisan kebangsaan dalam membina generasi masa depan yang seimbang selain daripada menerapkan rasa cinta pada negara.

“Biarpun pendidikan negara sentiasa ada cabarannya, namun semangat untuk terus memperkasa pendidikan tetap utuh.

“Sebagai bekas guru, saya percaya sekolah tetap memainkan peranan penting dalam membentuk atau mengubah masa depan negara,” katanya.

Tambah Saarani, pendidikan adalah kunci kepada kemajuan, bukan sahaja untuk individu malah untuk masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan sekolah baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood, dekat sini, pada Ahad.

Majlis yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, dengan sokongan kerajaan dan usaha gigih para pendidik, beliau yakin bahawa apa jua rintangan dihadapi, sistem pendidikan negara akan terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman.

Melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan, beliau yakin pendidikan di Malaysia akan terus berkembang dengan menyediakan ruang bagi setiap individu untuk mencapai potensi sebenar.

“Ketika ini, anak muda didedahkan kepada bidang teknologi masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, dan ekonomi digital sebagai langkah menghadapi cabaran dunia yang dipacu oleh teknologi.

“Usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membina generasi masa depan yang lebih kompetitif di peringkat global,” katanya.

Kerajaan Negeri Perak ujarnya, turut bersungguh-sungguh dalam membina masa depan yang cerah kepada golongan muda di mana bukan sahaja memperkasakan sekolah sebagai instrumen terpenting pendidikan malah mempersiapkan dengan latihan dan kemahiran mencukupi.

Jelas Saarani, beliau mahu menjadikan Perak sebagai Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara supaya dapat mempersiapkan anak-anak dengan kemahiran berkualiti.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16