Sabah FC menentang Tawau FA pada 12 Oktober di Tawau

TAWAU – Peminat Sabah FC akan berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Tawau FA di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 12 Oktober nanti.

Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid, berkata kunjungan ke Tawau adalah kesempatan berharga bagi peminat di daerah ini untuk menyaksikan para pemain kesayangan mereka beraksi.

“Saya yakin masyarakat Tawau, terutama peminat bola sepak tidak akan melepaskan peluang ini.

“Tiket perlawanan boleh dibeli mulai pukul 9.00 pagi pada 12 Oktober di kaunter tiket Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau,” katanya.

Pemilihan Tawau sebagai destinasi jelajah Sabah FC, selepas Keningau, adalah berdasarkan sokongan padu masyarakat terhadap sukan bola sepak.

Mohd Joh juga menekankan bahawa sesi jelajah ini akan mempromosikan Tawau sebagai destinasi pelancongan menarik untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tambahnya, perlawanan ini bukan hanya memberikan peluang untuk melihat aksi pemain kesayangan tetapi juga untuk bertemu secara langsung dengan mereka.

“Melalui perlawanan persahabatan ini, beliau berharap dapat menemui bakat-bakat muda tempatan dalam sukan bola sepak, terutama dari Tawau, yang terkenal melahirkan beberapa nama besar dalam arena bola sepak Sabah, seperti Suharmin Yusof dan Mohd Jaya Kassim,” katanya dalam satu hantaran di laman Rasmi Facebook Sabah FC, pada Jumaat.

Mohd Joh menambah, perlawanan ini juga akan menjadi platform untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis di masa depan.

Selain itu, katanya, pelbagai aktiviti menarik turut dirancang oleh Persatuan Bolasepak Tawau termasuk sesi bertemu peminat dan penjualan barangan ‘merchandise’ Sabah FC.

Harga tiket ditawarkan pada RM15 untuk tempat duduk berbumbung dan RM10 untuk tempat duduk terbuka.

Justeru itu, peminat di Tawau diseru datang beramai-ramai ke perlawanan ini untuk menyokong pasukan kesayangan mereka.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia