Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

KUCHING – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur khususnya Pesuruhjaya Tinggi Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Menurut beliau, sejarah Operasi Semut 1945 seharusnya dikenang oleh rakyat Sarawak dalam perjuangan pasukan tentera Bersekutu dan wira tempatan menghalau penjajah Jepun.

“Hasil kerjasama daripada pasukan keselamatan ketiga-tiga negara tersebut dan masyarakat Bario khususnya masyarakat Kelabit, mereka berjaya mengalahkan penjajah Jepun ketika Perang Dunia Kedua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pendaratan Payung Terjun Bagi Memperingati Operasi Semut 1945 di Padang Merdeka pada Khamis.

Sementara itu, Abang Johari berkata peristiwa bersejarah tersebut juga membuka lembaran baharu kepada masyarakat Bario khususnya etnik Kelabit terutama selepas Perang Dunia Kedua.

“Secara tidak langsung, banyak sekolah dan kemudahan lain dibuka di Bario hasil peristiwa bersejarah tersebut seperti mana yang diungkap oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala tadi,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau, usaha tersebut bukan sahaja membebaskan Bario daripada cengkaman penjajah Jepun tetapi mengubah landskap pendidikan dan sosioekonomi masyarakat Kelabit di Bario.

Related Posts

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi. Baginda mahu semua pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

CONTINENTAL akan menghentikan operasi pembuatan tayar dikilangnya di Alor Setar. Kedah, menjelang hujung tahun 2025. Keputusan untuk menutup kilang tayar yang memiliki seramai 950 pekerja itu merupakan hasil daripada semakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

  • By Ynom
  • April 28, 2025
Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan