Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Beliau (Fadillah) cadangkan juga supaya ada ruang, tempat masyarakat berkumpul di masjid, ini kerana masjid (Masjid MADANI) adalah masjid kota. Ia supaya masyarakat bukan Islam tidak rasa kekok untuk datang.

“Mereka boleh kenal Islam yang sederhana, Islam yang penuh dengan rahmah dan hikmah. Ini harus kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI, hari ini.

Masjid MADANI yang dibangunkan di atas tanah milik Jakel di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah, di sini, dijangka siap sepenuh dalam masa dua tahun lagi.

Mempunyai keluasan 12,142 kaki persegi ini akan dilengkapi dengan dewan acara, pejabat serta ruangan asas lain.

Masjid ini mampu menampung 2,900 jemaah pada satu-satu waktu termasuk 592 jemaah di ruang utama solat di tingkat satu.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran