‘Sedih anak bertugas ketika Aidilfitri, namun bukan alasan untuk tidak meraikan’

MENJADI kelaziman setiap kali perayaan Aidilfitri, umat Islam akan pulang ke kampung halaman untuk berkumpul dan meraikannya bersama ahli keluarga tercinta, sehingga ada sanggup menempuh perjalanan lama akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun, di sebalik keterujaan itu, ada pula individu yang tidak bercuti kerana perlu bertugas, sehingga terpaksa berkorban perasaan apabila menyambut hari istimewa itu di rumah masing-masing.

Lantaran itu, ada ibu bapa memahami situasi terbabit, dengan membuat kejutan datang ke ibu kota bagi menyambut Aidilfitri bersama, seperti dikongsikan mereka kepada The Malaysia Press (TMP).

Seorang bapa, Yusof Yaakob, 59, berkata, dia memilih beraya di Putrajaya pada tahun ini selepas dua tahun anaknya tidak dapat pulang ke kampung disebabkan tuntutan tugas.

“Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila sudah terlalu lama anak tidak pulang pada hari pertama Aidilfitri, namun saya memahami situasinya kerana anak saya dan suaminya terpaksa bekerja di minggu pertama Syawal.

“Justeru, saya ambil keputusan turun ke Putrajaya dua hari sebelum Aidilfitri agar dapat saya ubati kerinduan menyambut perayaan ini bersama anak dan menantu saya itu, selain meraikannya dengan seorang lagi anak saya yang menetap di Kuala Lumpur” katanya kepada TMP, pada Ahad.

Yusof menjelaskan, walaupun teknologi semakin moden yang membolehkan panggilan video dilakukan sebagai ‘pengganti diri’, perasaannya tidak sama seperti bertemu selain menerusi gajet, kerinduan untuk bersama insan disayangi di hari istimewa itu tidak dapat diluah sepenuhnya.

Sementara itu, ditanya perbezaan beraya di bandar, Yusof berpandangan, aktiviti 1 Syawal di ibu kota tidak banyak berbeza dengan amalan di kampung, iaitu melaksanakan solat Aidilfitri, menikmati hida­ngan tradisi, selain berkunjung ke rumah saudara mara serta jiran. 

“Namun, apa menyeronokkan adalah lalu lintas di Kuala Lumpur tidak sesak dan memberi peluang kepada saya dan anak-anak, melawat lokasi menarik serta ziarah raya.

“Ini bukanlah perkara baharu bagi saya kerana sudah empat kali juga saya sambut 1 Syawal di bandar sejak dua anak saya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor,” katanya yang menetap di Sungai Tiang, Kedah. 

Sementara itu, Azizah Ariffin, 63, berkata, kata-kata anaknya yang menggambarkan betapa gembiranya jika dapat beraya bersama keluarga, malah seperti memberi bayangan mengharapkannya meraikan Syawal di Kuala Lumpur, benar-benar meruntun jiwa.

Jelasnya, sudah dua tahun anaknya itu tidak dapat pulang meraikan lebaran di kampung halaman mereka di Pokok Sena, Kedah kerana terpaksa bertugas.

Bagi menjadikan Aidilfitri kali ini lebih bermakna, beliau sekeluarga mengambil keputusan menyambut 1 Syawal di rumah anaknya itu di Kuala Lumpur. 

“Memang sebak kerana dia bukan sengaja tidak dapat pulang ke kampung, tetapi sudah dua tahun terpaksa bekerja pada beberapa hari awal Aidilfitri. Saya selalu nasihatkannya agar sentiasa bersabar dengan ujian Allah. 

“Ada kala, saya terpaksa letak panggilan daripadanya sebab terlalu sebak. Kalau saya menangis, dia akan lagi sedih, jadi kali ini saya memilih beraya di bandar sebagai ‘hadiah’ untuk anak saya,” katanya.

Ditanya aktiviti dilakukan pada hari raya pertama, Azizah berkata, mereka sekeluarga memilih berkunjung ke lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur. 

“Saya tidak mahu peluang beraya bersama ini dipersiakan, jadi kami mengisinya dengan aktiviti sekeluarga. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu untuk melakukan terbaik buat mereka. 

“Walaupun tidak dapat berkunjung ke rumah sana saudara di kampung, sebenarnya seronok juga beraya di bandar bersama suami dan dua anak saya kerana kami dapat ke beberapa tempat sering diperkatakan, antaranya Bukit Ampang serta KLCC,” katanya.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar