Sedar diri, ambil tanggungjawab, Kerajaan MADANI tidak terjejas – MSO

PELETAKAN jawatan dua menteri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai anggota Kabinet tidak akan mengundang krisis dalam Kerajaan MADANI.

Sebaliknya, pemerhati politik terkemuka tanah air, Mohd Sayuti Omar berkata, peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi Nik Ahmad dari mengemudi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) hari ini lebih kepada prinsip peribadi mereka.

Jelasnya, kedua-dua menteri tersebut mempamerkan rasa tanggungjawab tinggi di atas kekalahan masing-masing dalam pemilihan parti sekali gus memberi isyarat mereka bukan pilihan parti untuk menjadi anggota Kabinet lagi.

“Dua menteri letak jawatan serentak dalam Kabinet hari ini tidak mendatangkan apa apa kesan kepada kerajaan jauh sekali kerajaan berada dalam keadaan krisis.

“Mereka letak jawatan kerana ambil tanggungjawab atas kekalahan mereka dalam pertandingan mengekalkan kedudukan dalam parti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Rafizi yang kalah pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar minggu lalu telah memaklumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi secara rasmi hari ini yang berkuat kuasa pada 17 Jun ini.

Ia kemudiannya disusuli Nik Nazmi yang memaklumkan beliau juga melepaskan jawatan sebagai Menteri NRES selepas tewas dalam perebutan empat jawatan Naib Presiden PKR.

Mengulas lanjut, Mohd Sayuti yang juga seorang blogger politik berkata, tindakan dua menteri itu menunjukkan mereka mempunyai sifat sedar diri kedudukan sebagai orang yang tewas dalam pemilihan parti.

“Sebagai orang sedar dia tidak diterima oleh ahli parti memang wajar dia meletak jawatan.

“Kalau kekal dalam jawatan pun menyusahkan saja sebab ada orang senak perut bila melihatnya terus berada dalam Kabinet,” katanya.

Mohd Sayuti berkata, selepas ini Rafizi dan Nik Nazmi mempunyai banyak masa sekali gus boleh memberi fokus menjaga kepada kawasan Parlimen masing-masing di Pandan dan Setiawangsa.

“Yang letak jawatan boleh kembali kepada kerja hakiki masing masing sebelum bergelar menteri. Yang pelihara kucing dapat jaga kucing,” katanya.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA