Saya tidak pernah guna kedudukan bapa kaut kekayaan – Kamaluddin Abdullah

TAN Sri Kamaluddin Abdullah menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan mahu menggunakan kedudukan bapanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengaut kekayaan.

Kamaluddin menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa.

“Sebagai respons kepada kenyataan terkini Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai saya, saya dengan tegas menafikannya.

“Tun Mahathir jelas sangat kecewa dan marah terhadap banyak perkara dan individu.

“Saya tidak pernah berkata sedemikian, dan saya juga tidak melakukan perkara sedemikian,” katanya menerusi hantaran di platform Instagram, lewat malam tadi.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Mahathir mendedahkan perbualan yang didakwa pernah berlaku antara anaknya dan anak Perdana Menteri kelima itu.

Beliau mendakwa, dalam perbualan tersebut anak Abdullah menyatakan niat mahu mengaut kekayaan dengan menggunakan kedudukan bapanya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama secara khusus, Mahathir mengaku dia terkejut dengan pendedahan tersebut.

“Mereka (pengganti saya) percaya bahawa semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup. Anak Abdullah beritahu anak saya, ‘Giliran awak sebelum ini, sekarang giliran kami.’ Giliran untuk apa? Untuk mencuri wang. Saya terkejut,” katanya.

Mahathir meluahkan rasa kesal pemimpin-pemimpin tersebut lebih memandang kedudukan perdana menteri sebagai peluang untuk mengaut kekayaan, bukannya untuk memimpin dan membangunkan negara.

Kamaluddin dalam pada itu, mengajurkan orang ramai agar mendoakan kesejahteraan Mahathir yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 tahun ini.

“Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya (Mahathir), beliau menemui kedamaian dalam diri,” katanya.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu