Saya juga tertakluk kepada TCO – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau juga tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan di bawah Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan yang diuruskan pihak berkuasa.

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” jawabnya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang mendakwa beliau telah dinamakan sebagai orang berisiko di bawah sistem kawalan sempadan negara.

Ahmad Samsuri mendakwa beliau ditandakan sebagai status TCO sejak pertengahan tahun lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Samsuri mendakwa, beliau telah diberikan status TCO, satu label yang biasanya diberikan kepada individu yang dianggap sebagai ‘ancaman’.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu media, situasi ini adalah perkara biasa apabila VVIP berstatus kenamaan diiringi pihak berkuasa.

“Sebagai menteri besar, pergerakan beliau sentiasa diiringi anggota polis untuk tujuan keselamatan.

“Tidak perlu ‘mengintip’ dia kerana polis sudah ada bersamanya sepanjang masa.

“Saya sendiri pernah disenaraikan (untuk pengawasan) dari 2000 hingga 2004. Saya anggap ia sebahagian daripada tugas pihak berkuasa,” katanya.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi