Saya dipilih sebagai yang berkhidmat, kata Azmawi

GUA MUSANG – Tiada istilah rehat bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang baharu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani selepas memenangi kerusi tersebut, Sabtu lalu.

Semalam beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai wakil rakyat dengan bertemu masyarakat setempat bagi mengetahui permasalahan mereka.

“Tidak ado (ada) erti letih dan penat bagi ambo (saya) selepas dilantik sebagai yang berkhidmat.

“Hari ini (semalam) ambo (saya) memulakan siri baru sebagai yang berkhidmat dengan bertemu mata sambil minum teh bersama penduduk di sekitar sini (Nenggiri).

“Dengan cara ini, ambo (saya) boleh tahu permasalahan penduduk untuk kita sama-sama bina Nenggiri kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Kelmarin Mohd Azmawi Fikri diumum memenangi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri selepas menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,352 undi selepas memperoleh 9,091 undi manakala Mohd Rizwadi mendapat 5,739 undi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM