Rampasan dadah lebih RM10 juta, berselindung di sebalik homestay

JOHOR BAHRU – Taktik sekumpulan sindiket menyewa rumah inap desa untuk tempoh lama bertujuan menjadikannya sebagai tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah berjaya dibanteras pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam serbuan 12 Ogos lalu, pihaknya membuat serbuan di tiga buah lokasi berasingan di sekitar daerah ini dengan dua daripadanya adalah rumah inap desa yang disewa sejak beberapa bulan.

“Menerusi tiga serbuan itu, tujuh individu termasuk pasangan suami isteri ditahan iaitu lima lelaki tempatan berusia 26 hingga 38 tahun serta dua wanita warga asing ditahan berusia 22 dan 33 tahun ditahan.

“Dalam serbuan pertama, kita menyerbu sebuah unit di pangsapuri yang disewa sindiket sejak bulan Jun, secara bulanan dengan bayaran RM220 sehari.

“Kita menahan empat lelaki di pangsapuri ini dengan merampas pelbagai jenis dadah melebihi 60 kilogram (kg),” katanya dalam sidang media yang dipaprkan secara langsung menerusi aplikasi Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menurut beliau, dalam serbuan kedua pula, polis menahan sepasang suami isteri berusia 31 dan 33 tahun di sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa serta rampasan sejumlah dadah.

Manakala serbuan ketiga membawa kepada penahanan seorang wanita warga asing ditahan di sebuah lagi unit ‘homestay’ di pangsapuri berkenaan.

Katanya, pangsapuri itu dijadikan tempat memproses dan membungkus dadah jenis ekstasi sebelum diedarkan ke daerah ini termasuk di kelab-kelab malam manakala satu lagi serbuan di rumah teres.

Menurut Kumar, dalam operasi tersebut pihaknya merampas 59.63 kilogram (kg) serbuk ekstasi bernilai RM9,96 juta; 93.40g ketamin (18,680); 79g pil ekstasi (RM13,193); 103.10g (RM10,310) dan 41g ganja (RM1,230).

“Pihak polis turut merampas 500 milimeter cecair vape, 10 unit rokok elektronik dan alatan memproses dadah selain menyita empat kereta (RM75,800); sebuah motosikal (RM5,500) dan pelbagai jenis barangan kemas (RM10,408).

“Turut dirampas wang tunai dalam ringgit (RM42,180); matawang Thailand (Bath150); matawang Singapura (SGD$372); matang Vietnam (VND550) dan matawang Amerika Syarikat (USD$2).

“Jumlah nilai rampasan dadah RM10,001,122 manakala nilai sitaan pula RM235,257. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan dalam operasi ini berjumlah RM10,236,379,” katanya.

Kumar memaklumkan, tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, ujian saringan air kencing pula mendapati enam suspek positif methamphetamine, ketamin dan benzodiazepines.

Semua suspek katanya, direman selama tujuh hari bermula 13 hingga hari ini untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambah beliau, pihaknya sedang memburu dalang sindiket tersebut yang masih bebas iaitu Lo Shaw Shang, 36, iaitu warga tempatan dan beralamat di Jalan Belibis 15, Taman Perling di sini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Wan Roazha Wan Mat 019-8323874 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos